Maklum balas pihak berkuasa Wabak penyakit tangan, kaki dan mulut Malaysia 2018

Pada Julai, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Chong Chee Keong berkata mainan ialah antara punca penyebaran segera virus itu kepada kanak-kanak lain.[8] Kementerian Kesihatan melaporkan lagi bahawa kes-kes penyakit HFMD telah melebihi tahap amaran dan menggesa setiap ibu bapa bertindak sebagai "penjaga pintu" untuk memastikan anak-anak mereka yang dijangkiti penyakit itu tidak pergi ke sekolah untuk mencegah penyebaran dan mencari segera rawatan jika ada tanda-tanda jangkitan dengan Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat kepada setiap sekolah untuk memantau kesihatan pelajar mereka.[9][10][11] Kementerian Kesihatan juga mempertimbangkan penggunaan vaksin dari negara-negara lain walaupun penyelidikan vaksin perlu dilakukan sebelum dapat diluluskan untuk kegunaan tempatan.[12] Dengan peningkatan jangkitan di kalangan kanak-kanak, semua pasar raya dan kompleks membeli-belah di Pulau Pinang telah diperintahkan oleh jabatan kesihatan tempatan untuk membersihkan troli, mainan dan bangku di premis mereka.[13] Pembasmian kuman juga telah dijalankan di semua kampung, sekolah dan prasekolah di sebuah daerah di Sarawak.[14]

Rujukan

WikiPedia: Wabak penyakit tangan, kaki dan mulut Malaysia 2018 http://outbreaknewstoday.com/malaysia-reports-incr... http://eprints.um.edu.my/7327/1/Enterovirus_71_in_... http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/penyakit... http://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20downloa... http://eprints.utm.my/id/eprint/78873/1/NurNajihah... http://web.archive.org/web/20190829023006/http://w... //doi.org/10.1086%2F314032 https://www.channelnewsasia.com/news/asia/hfmd-cau... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/penang-s... https://says.com/my/news/hfmd-claimed-its-first-vi...